Thursday, June 17, 2010

HARI GURU 2010


HARI GURU


Hari guru 2010 di sambut dengan kemeriahan memandang semua guru dapat melibatkan diri dalam acara yang diadakan dan murid dengan uniform sukan yang baharu. Antara aktivti yang sempat kami adakan :

Acara melempar bola ke dalam bakul

Dalam ni... dik !!




Mengisi air dalam botol

Squeeze....!!


'Musical chair'



Saya dulu dapat !!!!


Acara tarik tali

Tarik....!!





































Sunday, June 6, 2010

pendekatan pengajaran dalam perkembangan afektif


Perkembangan sosioemosi di kalangan kanak-kanak adalah satu proses berinteraksi dan mengadaptasi diri dalam masyarakat. Apabila sosioemosi kanak-kanak berkembang secara sihat dan positif, mereka dapat belajar mengawal emosi, pemikiran dan tindakan supaya dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat.

Kanak-kanak yang mempunyai tahap sosioemosi yang memberangsangkan akan bereaksi bagi menyesuaikan diri. Kanak-kanak seharusnya mempelajari bagaimana menyesuaikan bentuk sosioemosi mereka dalam masyarakat.

Pendekatan pengajaran yang dapat membantu memperkembangkan perkembangan afektif adalah melalui aktivtiti dijalankan secara berkumpulan kecil, besar ataupun individu dan setiap individu perlu memahami perasaan masing-masing.

Pendekatan-pendekatan pengajaran dalam perkembangan afektif seperti:

  • Pendekatan secara individu

Setiap individu kanak-kanak adalah berbeza. Pendekatan ini diambil memandangkan situasi individu kanak-kanak. Ianya dapat memberi peluang kepada kanak-kanak menjalankan aktiviti pembelajaran secra individu. Sewaktu aktiviti ini kanak-kanak mendapat tumpuan secara individu. Guru boleh menjalankan penilaian ataupun merekod kebolehan afektif individu tersebut. Guru harus mempunyai sikap ramah dengan kanak-kanak dan libatkan kanak-kanak (individu) dalam perbualan seharian di sekolah. Penggunaan bahasa dan perbendaharaan kata yang sesuai dengan peringkat kanak-kanak. Contohnya :

‘Ani, boleh tolong ambilkan cikgu pensil’ (Walaupun pensil tersebut berada tidak berapa jauh dari guru. Kanak-kanak tersebut merasa dihargai dan ini akan meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak tersebut.)

  • Pendekatan berkumpulan

Aktiviti kumpulan dijalankan oleh guru dengan memberi arahan secara kumpulan kecil sekurang-kurangnya dua orang murid. Manakala kumpulan besar seramai empat atau lebih. Kumpulan hendaklah tidak terlalu ramai bagi memudahkan pengawalan kumpulan dan perkongsian bahan dan alat bantu mengajar yang digunakan. Dalam menjalankan aktiviti kumpulan pertukaran kumpulan hendaklah dilakukan mengikut tempoh masa bagi mengelak kanak-kanak merasa jemu. Namun begitu ianya boleh kekal dengan satu aktiviti sahaja. Aktiviti ini membolehkan kanak-kanak mengalami pengalaman berkongsi dan bekerjasama. Sebagai contoh dalam menggalakkan kerjasama , ‘Kamal, cikgu fikir jika awak tanya Ali, pasti Ali akan membantu’.

Pendekatan ini boleh membantu kanak-kanak mencapai emosi yang positif seperti belajar bersabar menunggu giliran.

  • Pendekatan kelas

Aktiviti kelas biasanya melibatkan keseluruhan murid didalam kelas dan ianya melibatkan kumpulan murid yang besar. Penerangan dan maklumat diberi terlebih dahulu oleh guru sebelum aktiviti kelas dijalankan. Kanak-kanak dikumpulkan dalam satu bulatan diatas lantai dan aktiviti menyanyi, permainan jari dan berkongsi cerita dengan kawan-kawan dijalankan dengan tidak memaksa kanak-kanak mengambil bahagian tetapi cuba menggalakan mereka untuk melibatkan diri.

Aktiviti bulatan dipraktikan dalam pendekatan kelas ini dapat membina hubungan baik kanak-kanak dengan rakan-rakan. Aktiviti kelas biasanya dilakukan pada permulaan kelas contohnya seperti rutin pagi iaitu membaca doa dimana seorang kanak-kanak keluar membaca doa dan diikuti oleh murid-murid lain.

Saturday, June 5, 2010

Intellectual development by Piaget and Vygotsky


Perkembangan intelek dari pandangan Piaget dan Vygotsky

Jean Piaget (1896 – 1980) merupakan model yang menggunakan pendekatan kognitif dalam perkembangan intelektual kanak-kanak.

Menurut Piaget, kebolehan intelektual kanak-kanak berkembang mengikut satu siri urutan ataupun peringkat. Perkembangan ini bermula dari lahir dengan gerak balas pantulan dan deria semula jadi dan berkemuncak pada masa remaja dengan pemikiran yang lebih logik dan matang.

Piaget menekankan dua faktor utama yang mempengaruhi perkembangan intelektual kanak-kanak adalah:

v Perasaan ingin tahu

v Bertindakbalas secara aktif dengan persekitaran melalui kefahaman dan kebolehan.

Antara prinsip Jean Piaget ialah:

v Perkembangan konitif berlaku secara berperingkat-peringkat.

v Peringkat pengetahuan menerusi interaksi dengan orang dewasa dan

persekitaran.

Jean Piaget melihat kanak-kanak sebagai individu yang aktif. Beliau menegaskan pengetahuan dapat dicipta apabila kanak-kanak berinteraksi dengan persekitaran fizikal dan sosial.

Manakala Lev Semenovich Vygotsky pula mengutarakan pendekatan sosiobudaya. Beliau menegaskan kesan proses budaya sosial merangsang perkembangan individu kanak-kanak. Intelektual kanak-kanak berkembang berdasarkan dua tahap, iaitu tahap semula jadi dan budaya.

Vygotsky mengatakan perkembangan kanak-kanak tidak berlaku kerana satu faktor sahaja seperti pengaruh semula jadi ataupun pengaruh persekitaran. Tetapi perkembangan kanak-kanak bergantung kepada kedua-dua faktor tersebut.

Antara prinsip Vygotsky iaitu :

v Kanak-kanak membina pengetahuan

v Perkembangan tidak boleh dipisahkan dengan hubungan masyarakat.

v Pembelajaran boleh membantu perkembangan

v Bahasa memainkan peranan utama dalam perkembangan mental.

Dalam proses pembelajaran, terdapat beberapa perkara yang tidak boleh dilakukan sendiri oleh kanak-kanak. Mereka hanya dapat disempurnakan aktiviti tersebut dengan bantuan orang lain. Menurut Vygotsky, proses pembelajaran ini telah dijalankan dalam kemampuan semasa, iaitu kawasan perkembangan terdekat kanak-kanak tersebut. Kawasan perkembangan terdekat membenarkan kanak-kanak mengalami pembelajaran baru yang tidak mungkin tercapai tanpa bantuan orang yang lebih mahir.

Tuesday, June 1, 2010

Hari ibu


SAMBUTAN HARI IBU 2010
Sambutan hari ibu kami sambut pada 9 mei. Antara aktiviti yang sempat kami lakukan adalah 'bunga ros untuk ibu' dan 'kek kad'.
Kad kek untuk ibu

Bunga ros untuk ibu













Wednesday, May 5, 2010

ABCs


Cikgu boleh cuba 'klik' tengok banyak ye idea/aktiviti yang boleh kita buat bersama murid kita

totally tots

Wednesday, April 7, 2010

TITA 2'S COOKIES





Hari ni murid-murid dari Kelas Sayyidah Ruqayyah amat teruja bila diajak untuk bersama-sama dengan Cikgu Dah and teacher Mah untuk membuat cookies.......


Lihat lah aksi chef-chef cilik dari dapur Tadika Islam Tengku Anis 2...


Bergilir-gilir menekap biskut.....


Mmm........bila dapat makan ni ?



Masa untuk menikmati biskut yang dimasak sendiri...Yummy....!!

Monday, March 22, 2010

LAGU PRASEKOLAH DULU DULU


SAYA BACA BUKU

S A YA

B A C A

B U K U

SAYA BACA BUKU

B U K U

S A Y A

B A R U

BUKU SAYA BARU

Saya masih ingat lagi lirik lagu ini walaupun sudah puluhan tahun berlalu. Dulu bila kami nyanyikan lagu ni semua anak didik kami suka sangat... sehingga hari ini saya masih ajarkan lagu ini.
 

Tadika Islam Tg. Anis 2 Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino Republish by Blogger Layout