Saturday, June 5, 2010

Intellectual development by Piaget and Vygotsky


Perkembangan intelek dari pandangan Piaget dan Vygotsky

Jean Piaget (1896 – 1980) merupakan model yang menggunakan pendekatan kognitif dalam perkembangan intelektual kanak-kanak.

Menurut Piaget, kebolehan intelektual kanak-kanak berkembang mengikut satu siri urutan ataupun peringkat. Perkembangan ini bermula dari lahir dengan gerak balas pantulan dan deria semula jadi dan berkemuncak pada masa remaja dengan pemikiran yang lebih logik dan matang.

Piaget menekankan dua faktor utama yang mempengaruhi perkembangan intelektual kanak-kanak adalah:

v Perasaan ingin tahu

v Bertindakbalas secara aktif dengan persekitaran melalui kefahaman dan kebolehan.

Antara prinsip Jean Piaget ialah:

v Perkembangan konitif berlaku secara berperingkat-peringkat.

v Peringkat pengetahuan menerusi interaksi dengan orang dewasa dan

persekitaran.

Jean Piaget melihat kanak-kanak sebagai individu yang aktif. Beliau menegaskan pengetahuan dapat dicipta apabila kanak-kanak berinteraksi dengan persekitaran fizikal dan sosial.

Manakala Lev Semenovich Vygotsky pula mengutarakan pendekatan sosiobudaya. Beliau menegaskan kesan proses budaya sosial merangsang perkembangan individu kanak-kanak. Intelektual kanak-kanak berkembang berdasarkan dua tahap, iaitu tahap semula jadi dan budaya.

Vygotsky mengatakan perkembangan kanak-kanak tidak berlaku kerana satu faktor sahaja seperti pengaruh semula jadi ataupun pengaruh persekitaran. Tetapi perkembangan kanak-kanak bergantung kepada kedua-dua faktor tersebut.

Antara prinsip Vygotsky iaitu :

v Kanak-kanak membina pengetahuan

v Perkembangan tidak boleh dipisahkan dengan hubungan masyarakat.

v Pembelajaran boleh membantu perkembangan

v Bahasa memainkan peranan utama dalam perkembangan mental.

Dalam proses pembelajaran, terdapat beberapa perkara yang tidak boleh dilakukan sendiri oleh kanak-kanak. Mereka hanya dapat disempurnakan aktiviti tersebut dengan bantuan orang lain. Menurut Vygotsky, proses pembelajaran ini telah dijalankan dalam kemampuan semasa, iaitu kawasan perkembangan terdekat kanak-kanak tersebut. Kawasan perkembangan terdekat membenarkan kanak-kanak mengalami pembelajaran baru yang tidak mungkin tercapai tanpa bantuan orang yang lebih mahir.

0 comments:

 

Tadika Islam Tg. Anis 2 Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino Republish by Blogger Layout