Sunday, June 6, 2010

pendekatan pengajaran dalam perkembangan afektif


Perkembangan sosioemosi di kalangan kanak-kanak adalah satu proses berinteraksi dan mengadaptasi diri dalam masyarakat. Apabila sosioemosi kanak-kanak berkembang secara sihat dan positif, mereka dapat belajar mengawal emosi, pemikiran dan tindakan supaya dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat.

Kanak-kanak yang mempunyai tahap sosioemosi yang memberangsangkan akan bereaksi bagi menyesuaikan diri. Kanak-kanak seharusnya mempelajari bagaimana menyesuaikan bentuk sosioemosi mereka dalam masyarakat.

Pendekatan pengajaran yang dapat membantu memperkembangkan perkembangan afektif adalah melalui aktivtiti dijalankan secara berkumpulan kecil, besar ataupun individu dan setiap individu perlu memahami perasaan masing-masing.

Pendekatan-pendekatan pengajaran dalam perkembangan afektif seperti:

  • Pendekatan secara individu

Setiap individu kanak-kanak adalah berbeza. Pendekatan ini diambil memandangkan situasi individu kanak-kanak. Ianya dapat memberi peluang kepada kanak-kanak menjalankan aktiviti pembelajaran secra individu. Sewaktu aktiviti ini kanak-kanak mendapat tumpuan secara individu. Guru boleh menjalankan penilaian ataupun merekod kebolehan afektif individu tersebut. Guru harus mempunyai sikap ramah dengan kanak-kanak dan libatkan kanak-kanak (individu) dalam perbualan seharian di sekolah. Penggunaan bahasa dan perbendaharaan kata yang sesuai dengan peringkat kanak-kanak. Contohnya :

‘Ani, boleh tolong ambilkan cikgu pensil’ (Walaupun pensil tersebut berada tidak berapa jauh dari guru. Kanak-kanak tersebut merasa dihargai dan ini akan meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak tersebut.)

  • Pendekatan berkumpulan

Aktiviti kumpulan dijalankan oleh guru dengan memberi arahan secara kumpulan kecil sekurang-kurangnya dua orang murid. Manakala kumpulan besar seramai empat atau lebih. Kumpulan hendaklah tidak terlalu ramai bagi memudahkan pengawalan kumpulan dan perkongsian bahan dan alat bantu mengajar yang digunakan. Dalam menjalankan aktiviti kumpulan pertukaran kumpulan hendaklah dilakukan mengikut tempoh masa bagi mengelak kanak-kanak merasa jemu. Namun begitu ianya boleh kekal dengan satu aktiviti sahaja. Aktiviti ini membolehkan kanak-kanak mengalami pengalaman berkongsi dan bekerjasama. Sebagai contoh dalam menggalakkan kerjasama , ‘Kamal, cikgu fikir jika awak tanya Ali, pasti Ali akan membantu’.

Pendekatan ini boleh membantu kanak-kanak mencapai emosi yang positif seperti belajar bersabar menunggu giliran.

  • Pendekatan kelas

Aktiviti kelas biasanya melibatkan keseluruhan murid didalam kelas dan ianya melibatkan kumpulan murid yang besar. Penerangan dan maklumat diberi terlebih dahulu oleh guru sebelum aktiviti kelas dijalankan. Kanak-kanak dikumpulkan dalam satu bulatan diatas lantai dan aktiviti menyanyi, permainan jari dan berkongsi cerita dengan kawan-kawan dijalankan dengan tidak memaksa kanak-kanak mengambil bahagian tetapi cuba menggalakan mereka untuk melibatkan diri.

Aktiviti bulatan dipraktikan dalam pendekatan kelas ini dapat membina hubungan baik kanak-kanak dengan rakan-rakan. Aktiviti kelas biasanya dilakukan pada permulaan kelas contohnya seperti rutin pagi iaitu membaca doa dimana seorang kanak-kanak keluar membaca doa dan diikuti oleh murid-murid lain.

0 comments:

 

Tadika Islam Tg. Anis 2 Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino Republish by Blogger Layout